Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Patuhi Titah Sultan Pahang, Hentikan Polemik Isu 3R

By 12 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak

PUTRAJAYA, 12 Mac (MalaysiaAktif) – Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menghentikan sebarang kenyataan yang boleh merosakkan perpaduan kaum.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi peringatan agar semua pihak berhenti mempolemikkan isu raja, agama dan kaum atau 3R yang dengan sengaja menimbulkan perbalahan sekali gus menyebabkan perpecahan.

“Titah baginda, hormatilah antara satu sama lain, jagalah sensitiviti antara agama dan kepercayaan. Jangan sesekali kita biarkan kejahilan dan keangkuhan merosakkan apa yang telah lama kita bina bersama,” kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata demikian di Sidang Media Mingguan Kabinet, di sini petang tadi.

Semalam, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya tindakan tegas dikenakan kepada pihak yang sengaja membakar api kemarahan umat Islam dengan sewenang-wenangnya menghina dan mencabar kesuciannya.

Menurutnya Fahmi lagi, Ketua Polis Negara juga telah memberikan amaran tegas kepada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan ketegangan melalui isu sensitif berkaitan 3R.

“Baru-baru ini, Perdana Menteri juga telah memberikan satu peringatan tegas dengan mengarahkan agar semua badan penguasaan dan agensi keselamatan untuk mengambil tindakan cepat, berkesan dan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut menggunakan isu perkauman atau agama,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda