Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Penghayatan Rukun Negara Pupuk Perpaduan Dan Keharmoniaam Masyarakat Majmuk

By 19 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Disediakan oleh: Aishah Latip/Connie Lee /Othman Morni (Sarawak)

LUNDU, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Kampung Biawak diseru untuk menggunakan platform media sosial dengan betul bagi menyebarkan berita sahih serta kepentingan penghayatan rukun negara bagi memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk.

Erriena membantu ahli komuniti dalam mendaftar sebagai jati MADANI.

Program ini turut disertakan dengan pengenalan NADI serta pendaftaran jati MADANI oleh Penolong Pengurus NADI Kampung Biawak, Erriena.

Rasana berpendapat program tersebut dapat memberi kesedaran kepada warga setempat tentang jenayah siber.

Menurut salah seorang peserta, Rasana Tongak, 58, berkata beliau menzahirkan rasa teruja dengan adanya program sebegitu yang dapat membantu warga setempat yang kurang celik IT dalam memberi kesedaran berhubung jenayah siber terutama penipuan dalam talian yang kini semakin berleluasa.

“Malah program-program sebegini amat bermanfaat kepada masyarakat agar dapat menggunakan media sosial dengan berhemah agar perpaduan dapat dijaga, “ katanya.

Pegawai Penerangan Daerah Lundu, Aishah Latip dalam Program JIWA@Komuniti Sembang Santai Bersama Komuniti MADANI Kampung Biawak berkata rukun negara bukan sekadar untuk dihafal tetapi dihayati dengan cara menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab tanpa menimbulkan isu-isu yang berbaur perkauman dan keagamaan.

Aishah (tiga dari kanan) Linang Juki (tengah) dan Ketua Komuniti MADANI Kadir Jungaton (kanan sekali).

“Hal ini amat penting dalam menjaga perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama dan melalui penghayatan rukun negara yang menyeluruh, kesepakatan dan kebersamaan akan sentiasa terjalin sesama kita,” kata beliau ketika ditemu bual kemarin.

Turut hadir bersama, Ketua Kaum Kampung Biawak, Linang Juki dan Ketua Komuniti MADANI, Kadir Jungaton.

-RJ-

Tinggalkan komen anda