
Laporan/foto: Lina Shukri (Perak)
IPOH, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2025 sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan atas usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan kelancaran pentadbiran negeri itu.

Saarani ketika berucap
“Pemberian BKK turut diberikan kepada Orang Besar Jajahan (OBJ), guru lantikan negeri, pekerja sambilan harian dan pekerja kontrak.

Antara penjawat awam yang hadir ke Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Perak Bersama Penjawat Awam 2025
“Ia akan dibayar pada 24 Mac melibatkan 13,582 penerima dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM10 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam di Laman Seri Ridzuan, di sini semalam yang dihadiri kira-kira 1,000 penjawat awam.
BKK aidilfitri pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding RM1,000 tahun lalu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM8.8 juta kepada 8,804 penerima.
Jelas Saarani lagi, kenaikan kadar BKK itu didorong oleh amalan penjimatan kerajaan negeri, peningkatan hasil termasuk menerusi perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), kestabilan politik serta kemasukan pelabur.
“Tahun lepas kita berikan RM1,000, namun alhamdulillah dengan nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T pada tahun ini, kita dapat tingkatkan jumlah pemberian tersebut.
“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan dan penjawat awam yang banyak membantu dalam meningkatkan pendapatan kerajaan negeri,” katanya.
Hadir sama Yang di-Pertua Dewan Negeri Datuk Mohammad Zahir Datuk Abdul Khalid, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Azmir Shah Zainal Abidin.
-AA-