Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Perpustakaan Awam Labuan Kini Lebih Selesa

By 2 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Harold Heizry Othman (Labuan)

LABUAN, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Perpustakaan Awam Labuan (PAL) yang terletak di Menara Perbadanan Labuan kini lebih selesa untuk dikunjungi oleh orang awam.

Pelbagai aktiviti menarik mengisi hari pertama pembukaan semula PAL

Menurut Ketua Unit Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan Haslizah Hassan, pembukaan semula PAL bermula semalam (1 Mac) selepas menjalani kerja naik taraf sistem penyaman udara di tingkat satu dan dua.

“PAL kini lebih selesa untuk dikunjungi oleh orang Labuan dan kita harapkan masyarakat boleh mengambil peluang untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini.

“PAL mempunyai pelbagai kemudahan lain antaranya ruang bacaan remaja dan dewasa, sudut bacaan akhbar dan bilik multimedia dengan ruang yang luas selain pelbagai bahan bacaan yang menarik,” katanya semasa ditemui di PAL sempena hari pertama pembukaan semula PAL semalam.

Haslizah (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta yang menyertai aktiviti PAL.

Pada program tersebut PAL menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk disertai para pengunjung yang hadir.

“PAL juga bekerjasama dengan Perpustakaan Desa Zon Labuan dalam pengisian aktiviti pada hari ini antaranya aktiviti mewarna kanak-kanak, mencari benda tersembunyi, mencari perkataan, iplay, flash card, kerusi bertuah dan cabutan bertuah

“Turut diadakan pameran khas dari Sektor Sumber Teknolgi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Labuan yang mempamerkan hasil penulisan anak-anak Labuan yang telah dibukukan oleh Jabatan Pendidikan Labuan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda