
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/PUO
NANNING, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Politeknik Ungku Omar (PUO) memperkukuhkan dan menerokai keupayaan teknologi serta kerjasama dalam bidang Kecerdasan Teknologi (AI) ke peringkat antarabangsa melalui lawatan rasmi ke Pusat Pameran dan Pusat Data Guangxi Hande Group Co. Ltd., Nanning, China.

Sekitar lawatan rasmi Timbalan Pengarah PUO Norman Zamri ke Nanning, China
Menurut kenyataan PUO, lawatan strategik ini bertujuan bagi memahami kemajuan terkini teknologi AI serta membuka peluang kerjasama dalam aspek latihan dan penyelidikan untuk manfaat kedua-dua belah pihak.

Sesi bergambar Politeknik Ungku Omar di Hande Group Co. Ltd., Nanning, China
Timbalan Pengarah Akademik PUO Norman Zamri, berkata kerjasama dengan entiti antarabangsa seperti Hande Group Co. Ltd. dan institusi pendidikan di negara China bakal membuka ruang kepada PUO untuk membawa teknologi AI ke bilik darjah dan makmal di Malaysia.
“Teknologi AI bukan sahaja sekadar alat bantu pembelajaran malah bakal memacu transformasi dalam kaedah pembelajaran lebih efisien, interaktif dan relevan dengan keperluan industri semasa,” ujarnya menerusi kenyataan PUO semalam.
Norman Zamri turut berpeluang mewakili PUO mengadakan kunjungan hormat ke Guangxi University, Guanxi Vocational and Technical College of Finance serta Guanxi Vocational and Technical College of Industry.
-AA-