Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Ihya’ Ramadan dan Nuzul Quran Erat Silaturahim Masyarakat

By 19 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Program Penerapan Nilai-Nilai Murni sempena Sambutan Nuzul Quran & Ihya’ Ramadan bersama YB Menteri Dalam Negeri berlangsung meriah di Masjid Al Islah, Kampung Permatang Kerat Telunjuk, semalam.

Basharudin Ibrahim (kiri) salah seorang Pegawai Pendaftaran JPN Negeri Kedah yang turut serta membantu rakan-rakan yang lain dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai

Program yang bermula dari jam 9 pagi hingga 10 malam ini menampilkan pelbagai pengisian bermanfaat kepada masyarakat.

Antara inisiatif utama adalah Jom Exchange Al-Quran anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membolehkan orang ramai menukar Al-Quran lama yang uzur dengan naskhah baharu secara percuma.

Jom Exchange Al Quran mendapat sambutan dari penduduk sekitar apabaila orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menukar Al-Quran lama bagi mendapatkan yang baru

Menurut Pegawai Pendaftaran Negeri Kedah, Basharudin Ibrahim, program ini turut menawarkan perkhidmatan Mobile Mekar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi pembaharuan dan gantian kad pengenalan, pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kaunter zakat serta pameran kesedaran oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Acara keagamaan turut diadakan, termasuk program tadarus dan majlis khatam Al-Quran, sambutan Nuzul Quran, serta majlis berbuka puasa bersama YB Menteri Dalam Negeri dan diakhiri dengan solat tarawih berjemaah dan moreh bersama komuniti setempat.

Rashidi Abdul Hadi, 40, menyifatkan program ini sebagai satu inisiatif yang sangat bermanfaat dan wajar diteruskan pada masa akan datang.

“Melalui program ini, orang ramai berpeluang menukar Al-Quran lama yang uzur kepada naskhah baharu tanpa sebarang kos. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk kita lebih menghayati nilai-nilai murni serta keistimewaan Nuzul Quran,” katanya.

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh hubungan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penghayatan Ramadan dan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

-AA-

Tinggalkan komen anda