Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Sembang Santai Al Ikhlas Manek Urai Perkukuh Kefahaman Komuniti

By 30 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/oto: Mohd Radzi Yusof

KUALA KRAI, 30 Mac (MalaysiaAktif) – Program Sembang Santai (PSS), salah satu inisiatif Jiwa@Komuniti MADANI di bawah Jabatan Penerangan Malaysia, berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai dasar-dasar kerajaan, isu-isu semasa, serta peranan rakyat dalam pembangunan negara.

Hadirin yang hadir Sembang Santai Komuniti MADANI Al Ikhlas Manek Urai

PSS dilaksanakan dalam suasana santai dan informal, membolehkan masyarakat berbincang, bertukar pandangan, serta mendapatkan penjelasan langsung daripada wakil kerajaan dan pihak berkaitan.

Edaran bahan penerbitan kepada komuniti setempat

Menurut Ketua Komuniti MADANI Al Ikhlas Manek Urai, Zulkefli Mamat, 58, peranan komuniti amat penting dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat mengenai dasar kerajaan.

“Komuniti MADANI bertanggungjawab memastikan maklumat yang disampaikan adalah benar agar tidak timbul isu berita palsu,” katanya.

Beliau turut menghargai hubungan baik dan kerjasama erat antara Komuniti MADANI dan Jabatan Penerangan Daerah Kuala Krai dalam usaha memperkukuh pemahaman masyarakat mengenai dasar-dasar kerajaan.

Sementara itu, M. Noor Mamat, 50, dari Komuniti MADANI Al Ikhlas Manek Urai, merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Daerah Kuala Krai atas peluang yang diberikan untuk menghadiri dan terlibat dalam program ini, semalam.

“Program seperti ini wajar diadakan lebih kerap agar penduduk dapat saling mengenali dan memperoleh maklumat berguna melalui pengisian yang disediakan,” ujarnya.

Program ini turut disertakan dengan ceramah, pengedaran bahan penerbitan kepada masyarakat setempat, serta pelbagai aktiviti lain bagi mendidik komuniti mengenai tanggungjawab mereka sebagai rakyat.

-AA-

Tinggalkan komen anda