Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Projek Waterfront Bakal Rancakkan Ekonomi Labuan

By 2 hari yang lalu2 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Perbadanan Labuan

LABUAN, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Projek pembangunan Waterfront di kawasan Pasar Lama Labuan bakal menjadi satu lagi pemangkin ekonomi dan sektor pelancongan pulau itu.

Zaliha tertarik dengan pelan cadangan pembangunan ‘waterfront’ yang berwajah baharu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa projek itu dicadangkan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13)

“Projek ini merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan strategik Labuan yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat Hala Tuju Wilayah Persekutuan awal tahun ini.

Zaliha (kiri) mendapat penerangan daripada Pegawai Perbadanan Labuan.

“Cadangan pembangunan ini selari dengan visi Bandar CHASE sebagai Healthy City, di mana ia berpotensi menjadi pusat rekreasi yang menarik serta menjadi lokasi masyarakat melakukan pelbagai aktiviti sihat,” katanya selepas meninjau tapak cadangan pembinaan projek itu, di sini semalam.

Projek ini juga, katanya mampu memberi impak kepada sektor pelancongan kerana berada berhampiran kampung tradisi atas air iaitu Kampung Patau-Patau yang sering menjadi tarikan para pelancong yang datang ke Labuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda