Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PROMAK Bantu Tangani Masalah Nutrisi dalam Kalangan Kanak-kanak

By 1 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Muhamad Jamil

LIPIS, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Program Makanan Kesihatan (PROMAK), sebuah inisiatif oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dalam menangani masalah nutrisi dalam kalangan kanak-kanak.

Inisiatif ini terbukti membantu menambah khasiat yang diperlukan bagi tumbesaran sihat dan seimbang, khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan nutrisi.

Pengerusi BERNAS Datuk Seri Hajah Rohani Abdul Karim, menyampaikan cenderamata kepada Menteri Besar Pahang.

Bertujuan menyediakan makanan tengah hari secara percuma kepada murid-murid sekolah, PROMAK telah memanfaatkan lebih 20,000 murid sekolah.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika merasmikan bagi peringkat negeri Pahang  di Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan, di sini semalam, berkata program ini amat bermakna lebih-lebih lagi kerana Pahang mempunyai kadar kebantutan yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya amat menghargai inisiatif ini yang melibatkan empat buah sekolah di Pahang yang mana program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesihatan dan tumbesaran murid, tetapi juga memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pemakanan seimbang,” katanya yang turut berharap agar program inu dapat diperluaskan lagi.

Antara murid yang hadir.

Wan Rosdy turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak BERNAS atas usaha murni mereka dalam melaksanakan PROMAK.

PROMAK bukan sahaja memberi manfaat dari segi pemakanan, malah turut menyokong perkembangan akademik murid-murid dengan memastikan mereka mendapat tenaga dan khasiat yang mencukupi untuk pembelajaran harian.

Dengan kejayaan awal PROMAK, diharapkan program ini dapat menjadi model bagi usaha-usaha lain dalam menangani masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda