Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Raja Muda Kedah Kurnia Sumbangan Hari Raya

By 20 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/Mohd Fathi Yakan Ahmad Fukrazi

YAN, 20 Mac (MalaysiaAktif) – Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah berkenan berangkat hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1446H/2025M Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Kedah bertempat di Dewan Lestari Guar Chempedak, di sini hari ini.

Ucapan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Baginda berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai bernilai RM250 dan hamper kuih raya setiap seorang kepada 170 orang penerima.

Menurut Setiausaha MAIK Datuk Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli Haji Zainuddin, sumbangan ini bertujuan bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dan memberikan kegembiraan dalam menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba.

Seorang penerima, Ahmad Fadzil Sudin, 57, amat berterima kasih kepada pihak penyumbang dan meluahkan rasa kesyukuran dengan sumbangan yang diterima kerana keadaan sekarang sangat-sangat memerlukan duit bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang di samping telah banyak perbelanjaan yang dikeluarkan semasa awal persekolahan baru-baru ini.

Sebahagian para penerima Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan negeri mewakili Menteri Besar Kedah, Dato’ Ustaz Azam Abd Samat, Mufti Negeri Kedah Sohibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Yang Amat Arif Datuk Syeikh Abd Rahman Abdullah, para pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda