
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Maxim
LABUAN, 29 Mac (MalaysiaAktif) – Syarikat perkhidmatan seru pandu atau e-hailing Maxim mengambil kesempatan keistimewaan bulan Ramadan untuk menzahirkan solidariti terhadap pemandu Maxim di pulau itu.

Muhammad Aji (kanan) menyampaikan sumbangan Maxim kepada salah seorang pemandu.
Menurut Ketua Maxim Labuan Muhammad Aji Firdaus, pihaknya mementingkan sifat saling menyokong serta prihatin sesama rakan-rakan pemandu Maxim khasnya mereka yang memberikan perkhidmatan dalam bulan Ramadan.
“Kami menekankan pentingnya menyokong mereka yang bekerja keras sepanjang bulan suci ini sekali gus mencerminkan komitmen syarikat untuk menunjukkan penghargaan kepada pemandu sambil memastikan mereka dapat berbuka puasa dengan sempurna.

Muhammad Aji (tiga dari kiri) sedang mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada para pemandu Maxim yang hadir.
“Pengurusan Maxim juga menyumbangkan barangan keperluan harian seperti beras, biskut dan telur kepada pemandu terpilih sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri,” katanya ketika ditemui semasa program berbuka puasa bersama pemandu Maxim terpilih, di sini kelmarin.
Tambahnya, aktiviti itu merupakan acara tradisi tahunan syarikat yang menjadi sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Maxim yang turut dilaksanakan di lebih 12 bandar di seluruh negara.
-ZS-