
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 23 Mac (MalaysiaAktif) – Setakat 20 hari sepanjang Ramadan ini pihak Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dengan kerjasama beberapa agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berjaya mengutip sebanyak 819 beg darah bagi kegunaan para pesakit yang memerlukan.

Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya hadir menyantuhi para penderma darah
Menurut Doktor Mohd Siddqi Abidin dari Unit Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah, berkata sebanyak 17 program derma darah telah diadakan sehingga kini dan sepanjang bulan Ramadan ini berbaki enam lagi program derma darah sehingga setakat 29 Mac bagi bulan puasa ini.
“Manakala pada malam ini dengan kerjasama Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar (Kasih) sebanyak 36 orang penderma darah telah berjaya menderma darah di sini,” katanya.

Para penderma turut menerima sijil dan cabutan bertuah sebagai tanda terima kasih di program tersebut
Sementara itu, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar (Kasih)
menjelaskan program ini adalah program anjuran Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar (Kasih) Kangar sejak dari lima tahun dahulu dan ia diadakan setiap bulan serta mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari segenap lapisan masyakat.
“Terima kasih juga pada semua penderma yang hadir bagi membantu pihak Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah supaya stok darah sentiasa mencukupi dan mereka juga diberikan sijil serta sedikit cabutan bertuah sebagai tanda terima kasih,” ujarnya.
-AA-