Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

RM401,250 Memperkemas Pengurusan Masjid, Surau di Parlimen Hang Tuah Jaya

By 21 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh

HANG TUAH JAYA, 21 Mac (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MIAM) telah memperutukkan RM401,250 bagi tujuan memperkasa dan memperkemas pengurusan masjid dan surau di Parlimen Hang Tuah Jaya.

Ketua Menteri Melaka bermesra bersama orang ramai yang hadir.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) secara keseluruhannya, menyalurkan sebanyak RM401,250 merangkumi sumbangan Ihya’ Ramadan, utiliti 25 buah masjid dan 108 surau kariah serta sumbangan sekali beri kepada ahli jawatankuasa masjid, pengurus jenazah wanita dan penggali kubur.

“Besar harapan saya, agar rezeki yang dikongsi ini dapat meringankan beban perbelanjaan tuan-tuan dan puan-puan sepanjang menjalani bulan Ramadan serta sebagai persediaan menyambut Aidilfitri,” ujarnya.

Ab Rauf berkata demikian dalam Program Sumbangan Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya di Masjid Safinah Al-Najah, Tambak Paya, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Datuk Kalsom Nordin (baju hijau) menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan Ramadan.

Seramai 120 orang dari Parlimen Hang Tuah Jaya meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, DUN Bukit Katil, DUN Pengkalan Batu serta DUN Ayer Molek yang hadir turut menerima sumbangan wang tunai berserta kit Ramadan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM12,000.

-ZS-

Tinggalkan komen anda