Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

RTM Perak Peduli Kebajikan Ibu Tunggal

By 16 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Lina Shukri (Perak)

IPOH, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Jelajah Ramadan edisi ke-13 anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak (RTM Perak) di Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini semalam berlangsung penuh bermakna dengan sambutan khas bagi meraikan golongan ibu tunggal sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Antara ibu tunggal yang hadir bagi diraikan sempena Program Jelajah Ramadan edisi ke-13.

Seramai 50 ibu tunggal bersama-sama 30 orang anak diraikan dalam program istimewa yang telah menjadi inisiatif tahunan RTM di seluruh negara yang melibatkan setiap stesen negeri.

Menurut Pengarah RTM Perak Karim Sadiran bagi edisi kali ini, RTM Perak tampil dengan tema ‘Meraikan Ibu Tunggal di Bulan Ramadan’ sebagai simbol penghargaan atas ketabahan dan pengorbanan mereka dalam meneruskan kehidupan.

“Program ini turut mendapat sokongan padu daripada rakan penaja iaitu Petron, Nesq, Babas, Peladang, Jasmine dan Olive yang bersama-sama menjayakan misi kebajikan ini demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Malaysia Aktif turut berpeluang merakamkan gelagat ceria penyambut tetamu yang mengenakan busana tradisional.

“RTM Perak terus komited memainkan peranan sebagai penyampai mesej kasih dan keprihatinan, selari dengan semangat Ramadan yang penuh nilai kemanusiaan,” ujarnya.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan, sesi ramah mesra serta aktiviti komuniti yang menyuntik semangat kebersamaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda