Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Rugi Kalau Tak Datang, Jualan Rahmah Bantu Rakyat Berjimat

By 28 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eliasak Omar/Mohd Ridhuan (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 28 Mac (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah yang berlangsung di Wisma Persekutuan Kepala Batas, semalam mendapat sambutan penduduk setempat yang mengambil kesempatan mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah.

Daging mentah tempat menjadi tumpuan ramai dijual pada kadar harga RM28 sekilogram, lebih murah berbanding ahrga pasaran luar.

“Rugi betullah siapa yang tak datang Jualan Rahmah, kebetulan baru dapat Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500, dapatlah saya berbelanja barang dapur sikit hari ini.

“Terima kasih Kerajaan Madani yang sentiasa cakna dengan suara rakyat,” kata pengunjung Nurul Iman, 42, yang melahirkan rasa syukur kerana inisiatif ini membantunya mendapatkan keperluan dapur pada harga lebih berpatutan..

Tinjauan Malaysia Aktif, mendapati antara barangan yang paling laris dibeli ialah daging tempatan, beras putih tempatan dan minyak masak yang dijual pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

Mohd Zubir Md Noor, 54, yang kebetulan hadir ke Wisma Persekutuan atas urusan rasmi, turut mengambil kesempatan singgah ke Jualan Rahmah.

Para penjawat awam dan orang ramai tidak melepas peluang untuk mendapatkan keperluan semasa Jualan Rahmah ini berlangsung.

“Saya kebetulan ada urusan di Jabatan Pendaftaran, nampak ada Jualan Rahmah terus singgah membeli telur, daging dan beras.

“Harga daging pula jauh lebih murah daripada pasaran, hanya RM28 sekilogram,” ujarnya.

Program Jualan Rahmah ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI bagi membantu rakyat mendapatkan keperluan harian pada harga diskaun antara 10 hingga 30 peratus, sekali gus meringankan beban perbelanjaan menjelang Aidilfitri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda