Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Santai Berbuka Puasa di Tengah Bandar

By 8 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Mohd Sani (Perlis)

KANGAR, 8 Mac (MalaysiaAktif) – Santai bersama keluarga mahupun rakan-rakan di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad atau lebih dikenali dengan Dataran 350 ini, hujung minggu akan semakin ramai iaitu pada Sabtu dan ahad.

Sekumpulan belia berkumpul berbual santai sambil menunggu waktu berbuka

Beli atau bawa juadah dari rumah atau bazar, sambil berbual santai bersama keluarga mahupun rakan, dengan suasana santai di kelilingi panorama suasana senja menjadikan Dataran 350 ini sering menjadi tumpuan di bulan Ramadan.

Menurut seorang Jurulatih Gimnastik, Afif Jazmin Zakaria, 26, beliau berasa seronok berbuka puasa di sini, seperti berkelah.

Dataran Dato’ Sheikh Ahmad kelihatan meriah

Seorang lagi pengunjung yang ditemui wartawan Malaysia Aktif semalam, Iylia Syahidrin Roslan, 17, menyatakan suka bersantai di sini, untuk datang mengambil angin sambil menjamu selera untuk berbuka puasa.

Dataran 350 ini terletak di tengah bandar namun punya kemudahan seperti parkir dan juga tandas awam.

Bagi mereka yang berbuka di sini, banyak masjid berdekatan memudahkan masyarakat untuk beribadah selepas menjamu selera.

Ramai yang mengambil peluang terutama di hujung minggu berbuka puasa di luar bagi mengeratkan silaturahim dan ukhwah.

-AA-

Tinggalkan komen anda