Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Sembang Santai Bantu Bina Komuniti MADANI Sebagai Agen Penyampai Maklumat Tepat

By 7 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Aishah Latip/Othman Morni (Sarawak)

LUNDU, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Lundu telah melaksanakan Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai bersama Komuniti MADANI Kampung Bruan di Gerai Nek Anjang di sini.

Program tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat semasa khususnya dasar-dasar kerajaan kepada Komuniti MADANI supaya disampaikan kepada penduduk setempat.

Sembang santai bersama komuniti Madani kg Bruan di sini semalam.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Lundu, Aishah Latip, Komuniti MADANI memainkan peranan yang besar dalam JAPEN untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat.

“Kesahihan dan ketepatan sesuatu maklumat amat penting bagi mengelakkan kontroversi dalam kalangan rakyat dan ini juga salah satu langkah bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu,” katanya.

Program sembang santai ini juga salah satu program turun padang dan bersemuka dengan menyantuni masyarakat dengan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dasar kerajaan.

Program tersebut juga merupakan pendekatan terbaik untuk memahami situasi sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Bruan, Rozimah Zaidi 30, berkata, program tersebut menjadi salah satu platform untuk masyarakat bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa serta dapat mengetahui dasar-dasar baru kerajaan yang telah banyak membantu rakyat.

“Bagi mengetahui kesahihan sesuatu isu, masyarakat boleh mengunakam platform AIFA, Chatbot AI bagi memerangi berita palsu,” katanya semalam.

Sementara itu bagi pemilik Gerai Nek Anjang, Seriah Abot yang berusia 65, pula, beliau menyifatkan program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga memberi pencerahan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa.

Aishah Latip menyampaikan simbolik penyerahan bubur pedas kepada salah seorang ahli komuniti semalam.

“Diharapkan masyarakat setempat akan lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan oleh individu tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Semasa program tersebut, JAPEN Lundu turut mengedarkan bahan-bahan penerbitan kepada Komuniti MADANI selain bersembang mengenai isu-isu semasa.

Program ini turut disusuli dengan pengagihan bubur pedas yang amat sinonim dengan masyarakat Islam ketika di bulan Ramadan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda