Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Silaturahim Diperkukuh, Komuniti Kuala Pertang Raikan Iftar Bersama

By 24 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Radzi Yusof

KUALA KRAI, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Program berbuka puasa anjuran Komuniti MADANI Kuala Pertang, di sini kelmarin menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Adnan Mat Yassin.

Ketua Komuniti MADANI Kuala Pertang Adnan Mat Yassin, 64, berkata program ini melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak, remaja, dan warga emas.

Menurutnya, inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk untuk berbuka puasa bersama, tetapi juga memperkukuh semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam komuniti.

“Juadah berbuka puasa disediakan secara bergotong-royong dengan sumbangan kewangan daripada penduduk kampung serta dermawan tempatan. Ini bukan sahaja membolehkan penduduk menikmati pelbagai jenis makanan, malah mempereratkan hubungan melalui aktiviti memasak bersama,” katanya.

Geng masak bergambar kenangan.

Beliau turut menegaskan bahawa program seperti ini memberi impak positif dalam mengukuhkan nilai-nilai keagamaan, di samping membantu mereka yang memerlukan.

“Selain itu, ia turut mewujudkan suasana harmoni dan penuh kasih sayang dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya..

Secara keseluruhannya, program berbuka puasa Komuniti MADANI Kuala Pertang bukan sahaja memberi manfaat dari sudut kebersamaan dan sosial, tetapi juga sebagai landasan untuk memperkukuh nilai perpaduan serta keprihatinan dalam kalangan penduduk kampung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda