
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)
KUALA KANGSAR, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan daripada empat buah syarikat korporat berjumlah RM3,064,237.08 juta di Istana Iskandariah, di sini kelmarin.

Keberangkatan tiba Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama-sama Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim di Istana Iskandariah.
Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Pengarah Syarikat BELATI Mohamad Akmal Datuk Johari telah mewakili syarikatnya dengan sesi penyerahan wang zakat perniagaan sebanyak RM885,000.
“Kemudian, disusuli dengan Johawaki Plantation Sdn. Bhd. sebanyak RM290,000 yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Anizam Bakar.
Tambah SUK Negeri Perak, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak turut menyerahkan zakat perniagaan yang diwakili oleh pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Azhar Mohd Yusof sebanyak RM1,089,237.08.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan SUK Negeri Perak Zulkefli Abdullah turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM800,000.

Sesi bacaan doa berbuka puasa.
Sesi penyerahan zakat perniagaan ini disempurnakan sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Orang Besar Negeri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri serta Ketua Jabatan Negeri Perak.
-ZS-