
Laporan/foto: Ismail Hassan/M Sures (Kota Setar)
ALOR SETAR, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Tabika Perpaduan adalah tempat penting dalam mendidik anak-anak bukan sahaja dengan ilmu tetapi juga dengan nilai-nilai perpaduan, toleransi dan hormat-menghormati, seusia awal kanak-kanak perlu didedahkan dengan kepelbagaian kaum dan budaya, membolehkan mereka membesar dalam suasana yang harmoni dan penuh kesefahaman.

Ucapan dari ADUN Kota Darulaman.
Bekas murid Tabika Perpaduan Padang Besar yang kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman Teh Swee Leong serta mengakui mempunyai pengalaman sangat bermakna ketika menjadi murid di tabika tersebut, berkata anak-anak ini dididik dengan nilai perpaduan semenjak kecil lagi.
“Saya berpeluang mempelajari Bahasa Melayu dengan fasih dan dapat bergaul dengan rakan-rakan daripada pelbagai kaum termasuk Melayu dan India serta memahami dan menghargai budaya yang berbeza.
“Marilah kita sama-sama menyemai semangat perpaduan dalam kalangan anak kita agar dewasa nanti mereka membesar menjadi rakyat Malaysia dan generasi yang lebih memahami dan menghormati antara satu sama yang lain,” katanya.
ADUN Kota Darul Aman itu berkata demikian dalam Program Celik Perpaduan Kembali ke Tadika dan Taska Perpaduan, di sini hari ini.

Pemberian starter kit kepada murid-murid tabika.
Mohd Azmi Ahmad, 30, yang hadir mengucapkan terima kasih kepada Teh Swee Leong dan Kementerian Perpaduan yang menyampaikan starter kit yang mengandungi dua helai baju, alat tulis dan beg sekolah bernilai RM100 kepada 140 murid Tabika Perpaduan daerah Kota Setar, Padang Terap dan Pokok Sena.
“Semua kanak-kanak yang hadir ke program hari ini begitu teruja menerima sumbangan tersebut.
“Selain itu ia juga dapat meringankan beban ibu-bapa serta memberikan motivasi kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersemangat,” katanya.
-ZS-