
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
GOMBAK, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dijangka mula beroperasi pada 15 Mac ini.

Anthony Loke ketika sidang media selepas lawatan kerja ke TBS hari ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata pada minggu pertama operasi TBG akan dimulakan dengan menurunkan penumpang dari pantai timur.
“Sekiranya semua berjalan lancar, penumpang boleh mula menaiki bas dari terminal itu pada minggu kedua.
“Sasaran kita adalah menjelang Hari Raya Aidilfitri, mereka yang mahu balik kampung boleh menggunakan terminal ini dan mengurangkan kesesakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas lawatan kerja, di sini hari ini.

Anthony Loke sedang mencuba kemudahan mesin tiket bas yang disediakan di TBG.
TBG bakal menjadi hab pengangkutan utama yang menghubungkan perkhidmatan bas, sistem Transit Aliran Ringan (LRT), dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Ia sekali gus meningkatkan kemudahan perjalanan penumpang ke Kuala Lumpur dari negeri-negeri pantai timur.
-ZS-