Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tiga Lokasi Bazar Ramadan Rahmah Perlis

By 7 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

ARAU, 7 Mac (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis telah melancarkan tiga Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Bazar Dataran Niaga Arau, di sini semalam.

Baucar eWallet Touch ‘n Go yang digunakan di bazar Ramadan.

BRR juga berada di lokasi Bazar Pasar Malam Kangar dan Bazar Persiaran Wawasan turut menawarkan Menu Rahmah yang berharga RM5 atau ke bawah sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengunjung Bazar Dataran Niaga Arau, Muhammad Naufal Mohd Nazri, 19, berkata dengan adanya BRR ini ia membuka peluang kepada ramai masyarakat di luar sana untuk mendapatkan makanan pada harga berpatutan.

“Kemudahan pembayaran menggunakan sistem perbankan dalam talian turut memudahkan pelanggan,” kata seorang lagi pengunjung Muhammad Izwan Muhamad Zahur, 19.

Pengunjung terawal tidak melepaskan peluang mendapatkan Touch ‘n Go bernilai RM20.00.

Pengunjung terawal di setiap lokasi BRR juga turut berpeluang baucar eWallet Touch ‘n Go bernilai RM20.

Seramai 30 peniaga telah mengambil bahagian di BRR pada tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda