Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Undang Luak Johol Santuni Asnaf

By 10 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi (Tampin)

TAMPIN, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah telah berkenan berangkat hadir ke Majlis Ihya Ramadan di Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah, Gemas, dekat sini kelmarin.

Sumbangan RM17, 000 bantuan surau dan Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah disampaikan oleh Undang Luak Johol.

Datuk Muhammad Abdullah turut menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Yayasan Undang Luak Johol kepada asnaf, ibu tunggal dan anak yatim.

Program ini dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh pegawai daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tampin Ustaz Arif Izudin Shafie dan majlis berbuka puasa bersama masyarakat.

Selain itu, Dato’ Hj Muhammad bin Hj Abdullah turut menyampaikan bantuan khas masjid dan surau sebanyak RM17, 000 kepada Pengerusi Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah Zulfikar Mohd Noor.

Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Arif Izudin.

“Terima kasih kerana memberi bantuan kewangan yang dapat digunakan untuk persiapan perayaan Aidifitri yang akan datang,” kata ibu tunggal Zuraini Zurimi, 34, yang hadir menerima bantuan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar, Pegawai Daerah Tampin  Mohd Fadhil Hassan dan Pegawai Agama Islam Daerah Tampin Dr. Yazid Saad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda