Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Walkabout Bazar Ramadan Pastikan Interaksi Pengguna, Peniaga Dipelihara

By 21 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Siti Nur Hidayah (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 22 Mac (MalaysiaAktif) – Program Walkabout Bazar Ramadan Rahmah dan Imarah Pengguna sempena Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) Peringkat Negeri Perak penting sebagai interaksi bersama pengguna dan peniaga.

Datuk Kamalludin beramah mesra dengan pengunjung bazar

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak Datuk Kamalludin Ismail, berkata program ini memastikan hak-hak pengguna dapat dipelihara dan melahirkan peniaga yang beretika dalam aktiviti perniagaan.

Pengunjung beratur untuk mendapatkan e-dompet percuma sebanyak RM20

“Melalui walkabout ini, kita dapat membuat pemantauan aktiviti perniagaan yang dijalankan dan beberapa penambahbaikan perlu dibuat iaitu mempamer tanda harga dengan lebih jelas dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat oleh pengguna,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Rahmah Puncak Bougainvillea, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, peniaga yang menawarkan Menu Rahmah turut menerima insentif e-dompet sebanyak RM100 sebagai menghargai sokongan mereka dalam mengimarahkan aspirasi kerajaan untuk menawarkan harga lebih berpatutan kepada pengguna.

Bagi peniaga, Muhammad Aimar Iqmal Norafaznan, 23, dia menganggap pemberian e-dompet tersebut sebagai rezeki selepas niat baik membantu lebih ramai orang agar dapat membeli menu yang dijual dengan harga rahmah.

“Saya memahami kos sara hidup yang tinggi sekarang membebankan rakyat, maka saya mengambil inisiatif untuk sama-sama membantu kerana saya juga adalah pengguna,” ujarnya ketika ditemubual.

-AA-

Tinggalkan komen anda