
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Facebook MBAS
ALOR SETAR, 29 Apr (MalaysiaAktif) – Penutup Syawal 2025 meriah dengan Majlis Sambutan Jamuan Raya Aidilfitri ‘Bandaraya Aloq Staq Beraya Sakan’ yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sepanjang Dataran Starwalk, di sini kelmarin.

Antara gerai-gerai makanan yang tersedia sempena Jamuan Raya Aidilfitri 2025 MBAS.
Kira-kira 10 ribu pengunjung hadir memeriahkan majlis sambutan dengan kira- kira 60 gerai makanan dan 27 menu disediakan buat para pengunjung yang hadir.
Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, Farah Diana Mohd Rodzi, 39, merasa sangat bertuah kerana dapat menghadiri majlis tersebut.

Persembahan kebudayaan turut diadakan.
“Suasana di sini sangat meriah dan dapat menghidupkan kembali Pekan Alor Setar dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat terutama dari daerah Kota Setar dan juga daerah berdekatan,” katanya.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, tarian tradisional, peragaan pakaian antarabangsa serta bunga api.
-ZS-