
Laporan/Foto: Senie Endin
BETONG, 29 April (MalaysiaAktif) – Seramai 100 kakitangan daripada pelbagai agensi Persekutuan yang beroperasi di Wisma Persekutuan, Bahagian Betong, telah memeriahkan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2025 yang diadakan di Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan.

Hadirin menikmati juadah dalam suasana mesra selepas Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Wisma Persekutuan Betong semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan Betong, Fauzana Tauni, 55, berkata majlis ini berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim serta memperkukuh kerjasama antara 10 agensi yang bernaung di bawah bangunan tersebut.
“Walaupun persiapan dibuat dalam tempoh yang agak singkat, namun dengan sokongan dan kerjasama semua pegawai serta anggota, majlis ini berjaya dilaksanakan dengan lancar,” katanya ketika ditemui semalam.
-RJ-