
Laporan/foto: Abdullah Mahyudin
GEORGE TOWN, 25 Apr (MalaysiaAktif) – Sebanyak 47 agensi kerajaan dan swasta bakal memeriahkan Karnival Kita MADANI Negeri Pulau Pinang esok 26 April, bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah.
Antara agensi tersebut ialah Jabatan Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta pelbagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi.

Pelbagai aktiviti menarik akan memeriahkan Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang pada esok.
Selain pameran, karnival anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) antara aktiviti lain yang akan menjadi tumpuan adalah Larian Santai Tradisi Raya (4km), Free Market PUSPANITA, sukan rakyat, e-Sukan, Jualan Murah Rahmah MADANI, demonstrasi memadam kebakaran dan Forum Perdana Ehwal Islam.
“Kesemua agensi ini akan membuka reruai khas untuk masyarakat setempat bagi memberi maklumat, perkhidmatan serta khidmat nasihat secara langsung kepada pengunjung.
“Dijangkakan lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan programi ini, jadi bagi yang berkelepangan dijemput hadir memeriahkan suasana,” kata Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Hasmiza Hussinnya kepada Wartawan Malaysia Aktif, semalam.
Karnival Kita MADANI merupakan platform kerjasama rentas agensi dalam menyemarakkan semangat Malaysia MADANI melalui pendekatan bersepadu yang lebih dekat dengan rakyat.
-ZS-