Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

5,000 Hadir Meriahkan Majlis Ramah Tamah dan Rumah Terbuka Aidilfitri KPWKM

By 2 hari yang lalu4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Aishah Latip / Cassidy Lisut (Sarawak)

KUCHING, 19 Apr (MalaysiaAktif) – Majlis Ramah Tamah dan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama golongan sasar berlangsung meriah hari ini dengan kehadiran kira-kira 5,000 orang di Wisma SABATI, Kuching.

Nancy sempat bergambar bersama golongan sasar di Wisma SABATI.

Menteri KPWKM, Dato Sri Nancy Shukri melahirkan rasa syukur dan teruja atas sambutan luar biasa yang diterima, selain menghargai kehadiran pemimpin-pemimpin utama negara dan negeri yang turut memeriahkan majlis tersebut.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang sudi bersama-sama kita,” katanya dalam sidang media selepas majlis.

Kunjungan Dr. Wan Junaidi ke Majlis Ramah Tamah & Rumah Terbuka Aidilfitri KPWKM hari ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang hadir bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, sejurus selesai menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Stadium Perpaduan Kuching.

Dato Sri Nancy, yang juga Ahli Parlimen P193 Santubong, menjelaskan bahawa kehadiran lebih 5,000 golongan sasar jelas mencerminkan semangat perpaduan dan kemeriahan sambutan Aidilfitri di kalangan rakyat.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada usaha kementerian untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat serta menyantuni golongan sasar dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

-RJ-

Tinggalkan komen anda