Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

60 Tenaga Mahir Bersedia Sertai Industri Data Center

By 16 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 28 Apr (MalaysiaAktif ) – Seramai 60 tenaga mahir kini bersedia untuk diserap ke dalam sektor pusat data selepas berjaya menamatkan program latihan profesional anjuran Majlis Pembangunan Bakat Johor atau Johor Talent Development Council (JTDC).

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pendidikan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata inisiatif ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi

Kesemua peserta menghadiri sesi temu duga bersama lima syarikat terkemuka dalam industri, iaitu WEYOUNG Technology (Malaysia) Sdn Bhd, Beijing Tech Communication Technology Co. Ltd, Joyrun (Malaysia) Sdn Bhd, De New Power Sdn Bhd, dan Earth Stream Energy Sdn Bhd.

Peserta program perlu menduduki peperiksaan Kursus Pusat Data anjuran Kolej Kemahiran Johor (KKJ) dan Syarikat Lead Future Holdings (LFH)

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pendidikan Negeri Aznan Tamin, berkata para peserta telah mengikuti 15 modul latihan intensif yang direka khusus untuk memenuhi keperluan industri, membabitkan 15 sesi kelas profesional berdurasi antara lima hingga tujuh jam setiap sesi.

“Program ini dijalankan sepenuhnya secara percuma dengan kerjasama Kolej Kemahiran Johor (KKJ), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), dan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ).

“Inisiatif ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi Johor untuk menjadi hab data terkemuka di rantau ini,” katanya ketika ditemui selepas program Johor Data Center Talent Engagement & Collaboration Day bertempat di EduSky Learning Academy, Adda Height, di sini, semalam.

Tambah Aznan Tamin, kejayaan program ini dilihat sebagai langkah strategik dalam melahirkan tenaga kerja berdaya saing yang mampu memperkukuh daya tarikan Johor sebagai destinasi pelaburan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bertaraf dunia.

-AA-

Tinggalkan komen anda