Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

7even Wonders Challenge 2.0 Bukit Bosa Bayai Tarik 1,000 Peserta

By 46 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim

JEMPOL, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Pelancaran Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge 2.0 yang disempurnakan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias, di sini kelmarin berjaya menarik seramai lebih 1,000 orang peserta.

Pelepasan tujuh ekor burung merpati menandakan program bermula.

Bertemakan sambutan hari raya, program kali ini merupakan penyertaan paling meriah melibatkan peserta dari luar dan seluruh Negeri Sembilan.

Dimulakan dengan sesi senamrobik seterusnya diberikan taklimat keselamatan sebelum peserta dilepaskan bagi menjelajahi Bukit Bosa Bayai.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Datuk Mustapha Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Noorzunita Begum, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, ADUN Sungai Lui Datuk Mohd Razi Mohd Ali, ADUN Klawang Datuk Ir. Bakri Sawir, Pegawai Daerah Jempol serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Daerah Jempol.

Mustapha Nagoor turut mengucapkan penghargaan kepada semua peserta yang hadir untuk menyertai dan memeriahkan program hari ini.

Menurut peserta Muhammad Asraf Zul Zali, 31, ini adalah kali pertama beliau menyertai program ini.

Muhammad Asraf antara peserta berpakaian mengikut tema sambutan hari raya.

“Teruja untuk melihat keindahan alam semula jadi dan berhasrat untuk menghabiskan semua siri 7even Wonders Challenge 2.0.

“Saya berharap aktiviti seperti ini perlu diadakan setiap tahun supaya peserta dari negeri luar dapat menyertainya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda