
Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Hafiezuddin Md Ghazazi
JELEBU, 25 Apr (MalaysiaAktif) – Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kuala Klawang telah meraikan anak-anak istimewa dalam Program Ukwah Aidilfitri PPDK Kuala Klawang bersama Balai Undang Luak Jelebu, di sini semalam.

Undang Luak Jelebu bersama guru-guru PPDK.
Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad, berkata anak-anak istimewa ini merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada ibu bapa di mana mereka perlu dilindungi dan dipelihara dengan rasa kasih sayang sama seperti anak-anak lain.
“Kami sangat sedih apabila melihat kes-kes penderitaan kanak-kanak istimewa ini didera dan diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga tidak menyedari bahawa mereka ini merupakan anak-anak syurga yang memerlukan perhatian yang khas serta komitmen yang tinggi kerana bukan mudah untuk membimbing anak-anak ini,” katanya.

Undang Luak Jelebu dan menyampaikan duit raya.
Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak ini oleh Undang Luak Jelebu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang Datuk Ir.akri Sawir.
-ZS-