Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Apam Balik Lejen Kampung Jawa Gamit Nostalgia

By 1 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

BANDAR MELAKA, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Sudah 43 tahun usia perniagaan apam balik yang diusahakan oleh Syaruddin Sultan Mojo Basar, 83, yang beroperasi di Kampung Jawa Melaka.

Tidak ada resipi rahsia namun apam balik hasil air tangannya bertahan sehingga kini

Menurutnya, rasa asli seperti dahulu masih dikekalkan dan tiada perubahan walaupun kini ramai peniaga telah menambah pelbagai perisa dalam apam balik.

Syaruddin mengekalkan perisa asli dalam apam baliknya

“Awal berniaga pada tahun 80an harga sekeping apam balik dijual hanya RM0.80 sekeping dan kini setelah 43 tahun harga RM4 sekeping mengikut peredaran masa,” ujarnya.

Pengemar apam balik, Noriah Abu Bakar, 48, berkata, setiap kali melalui Kampung Jawa pasti akan berhenti untuk membelinya kerana apam balik lejen mengingatkan nostalgia zaman kegemilangan Kampung Jawa yang dahulunya menjadi pusat tumpuan warga Melaka membeli belah.

“Rasanya sama seperti dulu, tidak terlalu manis dan berair serta tidak tebal seperti ditempat lain,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda