Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Beras Melaka Hanya untuk Warganegara

By 10 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH 29 Apr (MalaysiaAktif) – Beras Melaka mula dijual pada harga serendah RM26 sekampit 10 kilogram (kg) hanya kepada warganegara Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, hanya rakyat Malaysia khususnya di Negeri Melaka sahaja mendapat manfaat beras istimewa yang dihasilkan daripada varieti benih padi MR 297.

“Bagi tuaian musim pertama, sebanyak 50 tan beras telah dihasilkan dan daripada jumlah itu sebanyak 5,000 kampit telah mula dijual.

“Bagi memastikan tiada ketirisan, Beras Melaka hanya dijual melalui agensi iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Melaka,” katanya.

Dr. Akmal berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Leng Chau Yen (PH-Bandar Hilir) pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini semalam.

Menurutnya lagi, lebih banyak Beras Melaka akan dijual pada musim kedua nanti.

“Orang ramai boleh mendapatkannya di premis-premis jualan FAMA bukan pada harga RM32, bukan RM36, tetapi hanya RM26 sekampit 10 kg,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda