Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Blue Print Pelancongan Perkasakan Pelancongan di Labuan

By 6 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Blue Print Pelancongan Wilayah Persekutuan Labuan diharap mampu memperkasakan sektor pelancongan di wilayah itu.

Produk pelancongan perlu memanfaatkan khazanah alamĀ pulauĀ itu

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Anifah Aman Blue Print yang dikaji oleh para ilmuan tempatan diharap dapat memberikan cadangan panduan yang bernas dan hala tuju yang tuntas.

Ikan Black Marlin seberat 230 kilogram ditumpaskan para peserta Pertandingan Memancing Laut Dalam LISC 2025

ā€œIni termasuklah usaha memantapkan pembangunan produk fizikal dengan memanfaatkan khazanah alam yang dimiliki serta kekayaan elemen sejarah yang ada di sini.

ā€œPembangunan produk non fizikal juga perlu diberi perhatian seperti memperkasa penganjuran acara Labuan International Sea Challenge (LISC) dan cadangan acara-acara high-end yang berpotensi diadakan di Labuan yang bukan sahaja menjadi produk menarik keramaian malah berupaya menjadi produk ekonomi utama.

ā€œKeperluan sumber manusia yang berkemahiran dan menepati kehendak industri juga hendaklah dibangunkan selaras dengan Dasar Pelancongan Negara dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh PBB,ā€ katanya semasa merasmikan Majlis Penutupan LISC 2025 di sini, semalam.

Jelasnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan untuk meningkatkan sektor pelancongan daripada komuniti luar yang menetap di Labuan.

ā€œKita tidak boleh meremehkan perhatian terhadap pelancong yang sudah sedia ada di sini seperti warga industri minyak dan gas, komuniti perbankan antarabangsa serta warga kerja bukan pemastautin yang menjadikan Labuan sebagai tempat mencari rezeki.

ā€œGolongan ini lebih banyak meluangkan masa off-day mereka di Labuan dan ada baiknya dibuat kaji selidik untuk mendapatkan respon mereka bagaimana untuk menjadikan Labuan sebagai destinasi percutian yang mesra selain ejen pelancongan serta pengusaha produk tempatan sewajarnya memikat golongan ini dengan pendekatan yang kreatif dan value for money,ā€ tambahnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda