
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)
TAPAH, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Barisan Nasional (BN) kekal menakluki Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) N.48 Ayer Kuning di sini, bermula kelmarin.

Pengumuman oleh SPR di Dewan Merdeka
Menurut kenyataan media Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), calon BN Dr. Ustaz Yusri Bakir telah memenangi PRK kali ini dengan majoriti 5,006 mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN) Ustaz Muhaimin dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bavani KS.
Undian yang diterima oleh calon BN adalah sebanyak 11,065 manakala peratusan keluar mengundi PRK kali ini adalah 58.07%.
Dr. Ustaz Yusri Bakir merupakan Setiausaha UMNO bahagian Tapah, merupakan lulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan pernah berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Ipoh sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
-AA-