Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Dewan Belia Negeri Melaka Mengarusperdanakan Suara Generasi Muda

By 33 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH 20 Apr (MalaysiaAktif – Detik bersejarah buat negeri Melaka khususnya kepada generasi belia apabila Majlis Penyampaian Watikah Speaker dan Ahli Dewan Belia Negeri Melaka Sesi 2024–2026 telah yang berlangsung di Bilik Tun Mutahir, Seri Negeri, di sini kelmarin.

Ahli-ahli Dewan Belia Melaka sedia mencurahkan idea bagi memanjukan Negeri Melaka.

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ini menyaksikan seramai 33 orang Ahli Dewan Belia dilantik yang terdiri daripada 28 wakil belia setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima lagi wakil lantikan khas.

Menurut Ketua Menteri Melaka, penubuhan Dewan Belia Negeri Melaka ini merupakan inisiatif strategik Kerajaan Negeri dalam usaha mengarusperdanakan suara generasi muda dalam tadbir urus negeri secara berstruktur dan inklusif.

Sesi bergambar bersama Ahli Dewan Belia Melaka.

“Kita tidak mahu suara belia hanya bergema dalam dewan, tetapi mesti menembusi dasar, mencorak polisi dan menyemai perubahan
di peringkat akar umbi. Ini adalah peluang untuk anak muda menjadi pemain utama dalam mencorakkan masa depan Melaka,”ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda