Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Festival Coklat dan Jajan Gegar Warga Kuala Lumpur

By 1 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Rahimah Rafiai

KUALA LUMPUR, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Peminat coklat dan pelbagai jenis jajan kini berpeluang merasai pengalaman keunikan makanan ringan di Jajan Viral Food Fair anjuran syarikat Jajan Viral yang berlangsung selama enam hari bermula semalam sehingga 4 Mei ini dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Ground Floor, Datum Jelatek Shopping Centre, di sini.

Pelbagai jenis coklat yang terdapat di ‘Jajan Viral Food Fair’ di Datum Jelatek Shopping Centre Kuala Lumpur.

Ia dibuka kepada orang ramai di lokasi strategik berhadapan LRT Jelatek dijangka menarik kehadiran pengunjung khususnya warga sekitar Ampang dan kawasan berhampiran.

Festival ini menampilkan pelbagai pilihan coklat tempatan dan antarabangsa serta aneka jenis jajan yang sukar ditemui di pasar raya biasa. Para pengunjung pasti akan berasa seolah-olah sedang membeli-belah di destinasi percutian seperti Langkawi.

Hanis ketika ditemu bual Malaysia Aktif.

“Harga keseluruhan yang ditawarkan lebih rendah dari tempat lain,” kata pengunjung Hanis Hamzah, 45, ketika ditemu bual Malaysia Aktif, di sini semalam.

Warga Kuala Lumpur dijemput hadir beramai-ramai bagi menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan penuh dengan keenakan di Jajan Viral Food Fair.

-ZS-

Tinggalkan komen anda