Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

IOW Tingkat Keberkesanan Komunikasi Bersemuka

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Mohd Khairul Anuar Abdul Razab

GUA MUSANG, 17 Apr (MalaysiAaktif) – Program Info on Wheels (IOW) anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) terus memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat serta dasar kerajaan secara bersemuka kepada masyarakat khususnya di kawasan luar bandar.

JAPEN mengedarkan risalah kepada Raihan Jantan Anua Jah peniaga di Bandar Baru Musang.

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JPKKP) Bandar Baru Gua Musang Norhayati Che Daud, pendekatan yang digunakan dalam program ini sangat berkesan dalam membantu rakyat memahami isu-isu semasa secara terus dan jelas.

“Program seperti ini juga dapat membantu membina kepercayaan antara kerajaan dan rakyat dengan memastikan maklumat disampaikan secara telus dan mudah difahami,” ujarnya, di sini semalam.

Sementara itu, peniaga tempatan dari Taman Titiwangsa, Raihan Jantan Anua Jah, 37, turut menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan IOW yang menurutnya memberi impak besar kepada masyarakat.

“Hebahan secara langsung melalui Unit Bergerak dan penyampaian bersemuka oleh pegawai JaPen wajar diteruskan kerana maklumat yang disampaikan adalah sahih dan terkini,” katanya.

Edaran risalah dan interaksi bersama masyarakat setempat.

Program IOW bukan sahaja menyediakan ruang komunikasi dua hala, malah turut melibatkan edaran risalah, penerangan langsung oleh Pegawai Penerangan serta interaksi terus bersama masyarakat setempat.

Inisiatif ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan membina saluran komunikasi yang lebih dekat dan berkesan antara agensi kerajaan dan rakyat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda