Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Isu Autisme Kanak-Kanak Perlu Diberi Perhatian Serius

By 24 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan (UKK KKM)

KUALA LUMPUR, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Gangguan Spektrum Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan satu gangguan perkembangan neurologi yang memberi kesan terhadap komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku pesakit.

Tanda-tanda awal autisme biasanya dapat dikesan seawal usia dua hingga tiga tahun.

Antara gejala umum termasuk kesukaran berinteraksi secara sosial, mengelak eye contact, kecenderungan terhadap tingkah laku berulang serta kelewatan dalam perkembangan bahasa.

Malaysia Aktif sempat menemu ramah seorang ibu kepada kanak-kanak autisme, Anis, 32, berkongsi bahawa ianya merupakan cabaran yang baru buatnya lebih-lebih lagi kanak-kanak itu merupakan anak pertama beliau.

“Anak istimewa ini merupakan cabaran yang hebat, namun ianya memberi kesedaran kepada saya tentang penyakit autisme dan mengajar saya cara-cara untuk menghadapinya,” ujarnya.

Pengesanan dan intervensi awal amat penting bagi membantu kanak-kanak autisme mencapai potensi mereka.

Kepelbagaian terapi seperti terapi pertuturan, terapi pekerjaan dan program pendidikan khas dikaji mampu meningkatkan kebolehan sosial dan komunikasi mereka jika rawatan dimulakan pada peringkat awal.

Namun, stigma masyarakat serta kekurangan akses kepada pusat sokongan dan pakar masih menjadi halangan utama kepada ibu bapa.

Justeru, pendidikan awam dan latihan kepada tenaga pengajar perlu dipertingkatkan agar kanak-kanak ini diberi peluang yang adil untuk belajar dan berkembang.

Kerjasama antara kerajaan, sektor pendidikan dan komuniti amat diperlukan untuk mewujudkan sistem sokongan yang lebih menyeluruh dan inklusif bagi kanak-kanak autisme di negara ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda