Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

JIWA@Komuniti MADANI Didik Remaja Sarikei Celik Digital

By 7 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/Foto: Norliza Isahak/Cahris Yong (Sarawak)
SARIKEI, 25 Apr (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI (KM) Repok dengan kerjasama Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Chien, Sarikei telah menganjurkan Program JIWA@Komuniti MADANI (Kemasyarakatan) di sini, semalam.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan yang diselaraskan dan dikendalikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia menerusi pendekatan turun padang serta libat urus secara santai dan berinformasi bersama komuniti setempat.

Edaran bahan penerbitan oleh petugas JaPen kepada para peserta.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Sarikei, Michael Sabek, dalam era digital masa kini, kanak-kanak dan remaja semakin terdedah kepada pelbagai risiko termasuk kandungan tidak sesuai, buli siber serta ancaman terhadap data peribadi.

“Adalah amat penting untuk mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti tidak berkongsi maklumat peribadi secara terbuka dan sentiasa berwaspada terhadap mesej atau pautan yang mencurigakan,” katanya dalam ucapan semasa program tersebut.

Tambah beliau, para ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memantau penggunaan media sosial anak-anak.

“Sekiranya mendapati anak yang berumur di bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial, ibu bapa dinasihatkan untuk segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tindakan penutupan akaun,” katanya lagi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda