Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

JIWA@Komuniti MADANI Perkukuh Perpaduan dan Kerjasama Kampung Tringgus Rabak Rotan

By 28 April 202542 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman / Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 28 Apr (MalaysiaAktif)– Program JIWA@Komuniti MADANI yang diadakan di Kampung Tringgus Rabak Rotan bukan sahaja menjadi platform menyebarluaskan maklumat mengenai inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa kepada komuniti akar umbi, malah turut berperanan sebagai wadah memperkukuh perpaduan serta jalinan kerjasama antara Komuniti MADANI kampung berkenaan dan Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau.

Retar Yasi merakamkan penghargaan kepada JAPEN Bau atas penganjuran Program JIWA@Komuniti di sini, semalam.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan, Retar Yasi, 58, berkata demikian ketika berucap dalam program yang berlangsung di Dewan Kampung Tringgus Rabak Rotan, malam tadi.

Sesi soal jawab bantu komuniti fahami inisiatif kerajaan dan isu semasa bersama JAPEN Bau.

Menurut beliau, pelaksanaan program bersemuka anjuran JAPEN Bau ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dua hala antara komuniti dan agensi kerajaan, malah turut memberi manfaat besar dalam menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan terkini kepada penduduk kampung.

“Pendekatan seperti ini amat penting dalam membantu komuniti menangani cabaran seperti penyebaran berita palsu dan penipuan dalam talian (scammer), yang jika tidak ditangani dengan bijak dan berhemah, boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat,” ujarnya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman.

-RJ-

Tinggalkan komen anda