Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

JPKK dan Parlimen Beruas – MADANI: Menyantuni Rakyat, Menginsani Kemakmuran

By 21 April 2025April 23rd, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anita Omar (Manjung)

BERUAS, 21 April (MalaysiaAktif) – Sambutan perayaan Aidilfitri 2025 masyarakat di parlimen Beruas yang melibatkan 26 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) telah berlangsung di Dewan Dato’ Salleh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Shahriman di sini, kelmarin.

Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham (tiga dari kiri) turut hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri Parlimen Beruas

Parlimen Beruas dengan kerjasama erat JPKK telah menganjurkan dua program utama sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, sejajar dengan tema MADANI: Menyantuni Rakyat, Menginsani Kemakmuran yang menekankan nilai kebersamaan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Rohiyah, tiga dari kanan bersama menu JPKK Kampung Tualang

“Pertandingan Gemerlap Aidilfitri Parlimen Beruas yang bermula pada 24 Mac 2025 yang lalu, melibatkan penyertaan daripada 24 kampung.

“Setiap kampung menghias kawasan mereka dengan tema Hari Raya yang meriah dan kreatif, bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Aidilfitri, memupuk semangat gotong-royong dan merapatkan hubungan antara penduduk kampung,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Program Gemerlap Aidilfitri dan Program Rumah Terbuka Riang Ria Komuniti Parlimen Beruas 2025 Siti Sofiah Rahman Oh.

Pada majlis ini, JPKK Kampung Bakar Bata telah dinobatkan sebagai pemenang bagi Pertandingan Gemerlap Aidilfitri Parlimen Beruas kerana telah menepati kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Manakala, sebanyak 26 kampung telah menyertai Program Rumah Terbuka Riang Raya Aidilfitri Komuniti Madani Parlimen Beruas dengan menyediakan pelbagai juadah istimewa yang menggunakan produk tempatan SejaTi MADANI hasil usaha komuniti masing-masing.

Menurut Pengerusi JPKK Kampung Tualang Rohiyah Chik, 56, program ini merupakan platform terbaik bukan sahaja bagi meraikan kemeriahan Hari Raya, malah mempromosikan produk-produk SejaTi MADANI komuniti setempat kepada pasaran yang lebih luas.

“Saya amat berharap pengusaha produk-produk SejaTi MADANI akan terus berusaha memajukan dan mengembangkan produk masing-masing dengan pemasaran yang sistematik dan berkesan agar peruntukan yang disalurkan tidak disia-siakan,” katanya.

Program ini bukan sahaja meriah dengan kehadiran komuniti pelbagai kaum malah, telah berjaya menghimpunkan ramai pemimpin setempat yang turun padang bagi menyantuni rakyat.

-AA-

Tinggalkan komen anda