Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kastam Johor Patahkan Sindiket Rokok Seludup Lebih RM290 Ribu

By 11 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid (Johor)

JOHOR BAHRU, 15 Apr (MalaysiaAktif) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok tak berkastam berjumlah lebih RM290 ribu dalam satu pemeriksaan di Gelang Patah, di sini 6 Februari lalu.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok tak berkastam berjumlah lebih RM290 ribu

Pengarah Kastam Negeri Johor Aminul Izmeer Mohd Sohaimi dalam satu kenyataan hari ini, berkata satu pasukan Kastam dari Cawangan Penguatkuasaan Gelang Patah telah melakukan serbuan ke atas satu buah lori di Bay Pemeriksaan Kastam Cawangan Eksport Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Johor.

Hasil pemeriksaan telah menjumpai 1,600 karton yang mengandungi 320,000 batang rokok putih jenama Double Happiness diletakkan dalam guni-guni di dalam sebuah lori

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai 1,600 karton yang mengandungi 320,000 batang rokok putih jenama Double Happiness diletakkan dalam guni-guni di dalam lori tersebut.

“Anggaran nilai rokok putih adalah RM76,800 dengan jumlah duti/cukai yang terlibat RM218,880,” katanya.

Tambah Amirul Izmeer, anggaran jumlah nilai dan duti/cukai terlibat adalah RM 295,680 dan kesemua barang kes dan sebuah lori Hino telah disita.

“Orang Kena Tahan (OKT) telah mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dan dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan dari tarikh tangkapan serta diperintahkan untuk membayar duti sebanyak RM64 ribu,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa JKDM akan terus memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan orang ramai dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

-AA-

Tinggalkan komen anda