Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Keharmonian Antara Kaum Tunjang Perpaduan Malaysia

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul amar Firdaus/Syaiful Harif Adnan (Kuala Lumpur)

BANDAR TUN RAZAK, 22 Apr (MalaysiaAktif) – Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.

“Keharmonian antara kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik lain menjadi tunjang kepada kestabilan dan kekuatan negara sejak merdeka.

Wan Azizah berkongsi rezeki melalui penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

“Dalam usaha membina sebuah negara yang bersatu padu dan maju, keharmonian kaum menjadi aspek paling penting untuk dipelihara,” tegas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika merasmikan Sambutan Hari Aidilfitri Peringkat Parlimen Bandar Tun Razak 2025, di sini kelmarin.

Perpaduan antara kaum dapat dilihat menerusi pelbagai program yang dilaksanakan oleh kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Komuniti MADANI, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Rukun Tetangga dan juga institusi pendidikan.

Tradisi rumah terbuka sempena perayaan Aidilfitri ini merupakan medium ikatan yang mengeratkan hubungan antara masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama.

Melalui tradisi ini, rakyat dapat saling mengenali budaya dan amalan setiap kaum disamping menanamkan rasa hormat dan toleransi antara satu sama lain.

Antara tetamu yang turut serta memeriahkan majlis.

Wan Azizah turut menyifatkan bahawa lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping pada Selasa lepas menjadi bukti kukuh bahawa Malaysia telah mendapat perhatian utama dari negara ekonomi kedua terbesar dunia itu dan sekaligus membuktikan peranan penting Malaysia dalam menjadi Pengerusi ASEAN 2025.

Keharmonian kaum bukan sekadar retorik, tetapi perlu dizahirkan melalui tindakan, sikap dan amalan seharian rakyat Malaysia. Semangat saling menghormati dan bekerjasama antara kaum bukan sahaja menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan maju, malah menjadi contoh kepada negara lain dalam mengurus kepelbagaian.

Rumah Terbuka kali ini turut dimeriahkan dengan persembahan PENTARAMA, Jabatan Penerangan Malaysia dan dihadiri oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda