Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Kelas Canva NADI Balingian Raih Sambutan Menggalakkan

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Matsukarmi Suani/Rizalman Daim (Sarawak)

BALINGIAN, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Kelas Canva yang diadakan dalam slot khas Program Komuniti MADANI bersama NADI di NADI Balingian semalam telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Peserta dari Komuniti MADANI Kuala Mas Balingian yang mengikuti kelas Canva – Slot Khas Program KM bersama NADI di sini semalam.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti setempat mengenai cara penggunaan aplikasi Canva untuk menghasilkan poster dan bahan grafik lain dengan mudah.

Seorang peserta, Hazliza Abd Rani, 39, dari Komuniti MADANI Kuala Mas Balingian, menyatakan keterujaannya selepas berpeluang mempelajari aplikasi Canva buat pertama kalinya.

“Saya sangat teruja dan seronok belajar menggunakan Canva. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu apatah lagi menggunakan aplikasi ini,” ujarnya ketika ditemui semasa program tersebut semalam.

Mohd Farkhan (kanan) memberikan tunjuk ajar tentang cara penggunaan aplikasi Canva kepada Hazliza.

Hazliza turut menambah bahawa kelas seperti ini sangat bermanfaat, terutamanya kepada golongan usahawan yang ingin mempelajari cara mudah untuk menghasilkan bahan promosi.

“Kelas seumpama ini sangat bagus untuk dijalankan dan didedahkan kepada masyarakat, terutama mereka yang bergelar usahawan,” katanya.

Program ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang dalam meningkatkan kemahiran digital mereka, terutama dalam bidang pemasaran dan reka bentuk.

-RJ-

Tinggalkan komen anda