
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad/Noor Syuhada Muhamad Yasin (Pokok Sena)
KOTA SETAR, 25 Apr (MalaysiaAktif) – Kelembutan bukanlah kelemahan wanita. Malah, kelembutan adalah kekuatan wanita.

Orang ramai yang hadir mendengar ceramah
Ujar Haji Md Isa bin Hj Abd Rahman, Mantan Penolong Pegawai Dakwah & Tarbiyah (JHEAIK) dalam ceramah beliau di Program Sembang Santai Komuniti Madani Jalan Datuk Kumbar bertempat di Masjid Iskandar, Jalan Datuk Kumbar, hari ini.
Dalam ceramah, beliau berkata, walau tidak mempunyai tubuh sekuat lelaki, tapi wanita mempunyai sisi lain yang lebih sabar untuk kehidupan sehariannya.
Wanita yang kuat ialah yang mampu menghadapi ujian hidup, tidak suka mengeluh, dan pantang menyerah, ujar beliau.
Muslimat yang hadir turut diberikan kesedaran oleh pihak Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena mengenai Penipuan Tawaran Pekerjaan di Luar Negara dan Isu Keldai Dadah. Sentiasa berhati-hati sekiranya ada orang minta pertolongan menjaga beg mahupun bagasi untuk mengelakkan menjadi mangsa keldai dadah.
-AA-