
Laporan/foto: Wan Muhammad Afiq/Ahmad Suhaimi (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Pteroptyx Gombakia iaitu spesis kelip-kelip kesembilan ditemui semula pada awal tahun ini di Taman Persekutuan Bukit Kiara.

Sebahagian dari aktiviti yang dilaksanakan sepanjang penganjuran program.
Menurut pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh, beliau bersama pasukannya dari Universiti Monash Malaysia menemui Pteroptyx Gombakia juga dikenali sebagai Gombak bent-winged Firefly pada bulan Januari 2025.
“Kali terakhir ia ditemui di Lembah Klang adalah lebih 100 tahun yang lalu,” ujarnya ketika berkongsi mengenai keunikan kelip-kelip semasa Majlis Perasmian Hari Bumi 2025 oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, di sini semalam.
Seiring dengan tema Sambutan Hari Bumi tahun ini ‘Our Power, Our Planet’ atau ‘Energi Kita, Planet Kita’, fokus utama adalah menyeru masyarakat global untuk bersama-sama memperkasakan sumber energi terbaru dan peningkatan listrik terbaru global yang dijangka akan meningkat sehingga tiga kali ganda pada 2030.

Pegawai JAPEN WPKLP sedang berkongsi informasi bersama pengunjung yang hadir.
Program anjuran Friends of Bukit Kiara (FoBK) menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang menjurus kepada kesedaran terhadap perlindungan alam sekitar antaranya seperti aktiviti plogging iaitu beriadah sambil mengutip sampah, Projek Kreativiti Kitar Semula, berkelah di taman dan pelbagai lagi.
-ZS-