Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kembara Pahang 1.0 Berakhir Gemilang di Pantai Legenda Pekan

By 2 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 24 Apr (MalaysiaAktif) – Kembara Pahang 1.0 melabuhkan tirainya malam semalam dalam satu majlis penutup di Pantai Lagenda.

Majlis yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang itu turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah para peserta kembara, pegawai kerajaan, dan penduduk setempat.

Tuanku berdua melihat cenderamata kenangan yang diberikan masyarakat Pekan.

Kembara Pahang 1.0 yang berlangsung selama tiga hari bermula 21 April lalu, telah menjelajahi empat daerah di negeri ini, bermula dari Maran, diikuti Temerloh, Bera dan berakhir di Pekan.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi Sultan Pahang dengan rakyat jelata, sambil mempromosikan keindahan dan keunikan setiap daerah yang dilalui.

Sepanjang kembara, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah sesi ramah mesra bersama rakyat, lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan menarik, serta penyerahan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan sambutan yang luar biasa daripada penduduk di setiap daerah jelas menunjukkan kasih sayang dan taat setia rakyat kepada Sultan mereka.

“Beta amat berbesar hati dengan kehangatan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh rakyat beta di setiap pelosok negeri ini.

“Kembara ini bukan sahaja mendekatkan beta dengan rakyat, tetapi juga memberikan peluang untuk beta melihat sendiri potensi dan keunikan yang dimiliki oleh setiap daerah,” titah baginda semasa ditemui para pemberita.

Tengku Ampuan menyantuni masyarakat Orang Asli.

Majlis penutup di Pantai Legenda diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan acara yang melibatkan masyarakat setempat.

Kehadiran Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang telah memeriahkan lagi suasana dan meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir.

Kembara Pahang 1.0 diharap dapat menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pihak istana dan rakyat serta mempromosikan negeri Pahang sebagai destinasi yang kaya dengan budaya dan warisan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda