Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kempas Bakal Menjadi Pusat Latihan Kesenian Kompang Warisan

By 4 hari yang lalu3 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 27 Apr (MalaysiaAktif) — Kempas bakal diangkat sebagai pusat latihan kesenian kompang bagi melahirkan generasi pelapis dalam bidang ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Ramlee Bohani, menyempurnakan simbolik perasmian program dengan memukul gong, diiringi oleh sebahagian pengasas dan penaung kumpulan kompang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Ramlee Bohani, berkata kompang merupakan alat muzik tradisional Melayu yang bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat tempatan, malah terkenal di peringkat antarabangsa.

Lebih 100 orang pemain paluan kompang hadir ke program

“Kita akan pastikan Kempas dikenali sebagai pusat kebudayaan dan kesenian paluan kompang di Malaysia,” katanya ketika merasmikan Program Kesenian Paluan Kompang Nusantara di Dewan Raya, Kempas Baru, semalam.

Sementara itu, Penaung Kompang Budak Melayu dan Paluan Kompang Kempas Airizam Bollah, memaklumkan bahawa dewan tersebut akan dijadikan gelanggang latihan bagi melatih bakat-bakat baharu dalam seni paluan kompang.

“Dewan ini luas dan sesuai dijadikan tempat latihan bagi anak-anak Kempas serta luar kawasan, dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman dalam kebudayaan kompang,” ujarnya.

Program tersebut menghimpunkan lebih 10 kumpulan kompang dari Johor Bahru, Melaka dan Singapura yang mempersembahkan paluan masing-masing.

-AA

Tinggalkan komen anda