Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan Adakan Sidang Khas Parlimen Membincangkan Kadar Tarif Amerika Syarikat

By 40 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 23 Apr (MalaysiaAktif) – Kerajaan akan mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi membincangkan isu kadar tarif terbaharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia.

“Berhubung dengan isu tarif yang telah dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap pelbagai negara, kita telah membincangkan keputusan untuk mengadakan sidang Parlimen khas pada 5 Mei yang mana ia akan bermula pada jam 11.00 pagi,” kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan MADANI itu, berkata demikian di Sidang Media Mingguan Kabinet, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, Sidang Khas Parlimen tersebut akan dimulakan dengan kenyataan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Seterusnya diikuti oleh sesi perbahasan yang akan menyaksikan kedua-dua pihak penyokong kerajaan ataupun government backbenchers dan juga pihak pembangkang menyampaikan pandangan-pandangan mereka.

Katanya lagi, surat kepada semua Ahli-Ahli Parlimen akan dihantar pada hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda